Rasulullah SAW pernah mengatakan
bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Baginda SAW bersabda:"Berubatlah,
maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan
baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua." (HR Abu Dawud)
Rasulullah SAW juga pernah
berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda SAW
bersabda: "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat
penyembuh, iaitu madu dan Al-Quran." (HR Ibnu Majah)
Kami menyarankan 2 cara pengambilan
madu kelulut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik:
Pertama:
Campurkan satu sudu besar madu
kelulut ke dalam segelas air sejuk (iaitu air yang disimpan di dalam suatu
bekas pada suhu bilik/persekitaran) pada kadar lebih kurang 100ml -150ml. Kacau
sehingga larut sepenuhnya dan diminum. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi
sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap
hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada
sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh badan dan darah.
InsyaAllah.
Kedua:
Sediakan satu sudu besar madu
kelulut dan di minum terus tanpa mencampurkannya dengan bahan lain. Digalakkan
pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil
sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga
pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai
untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan
dengan saluran pemakanan dan rongga pernafasan seperti batuk, selesema, sakit
tekak, asma, resdung, bronkitis, sakit telinga dan sebagainya. InsyaAllah.
Sebagai menepati sunnah
Rasullullah SAW, hendaklah kita mengambilnya dengan sekurang-kurangnya membaca
Bismillah, Berselawat dan Berdoa kepada Allah SWT sebelum meminumnya dengan
penuh tertib dalam posisi duduk.
Untuk menambahkan lagi
keberkesanannya, terdapat juga petua mencampurkan madu kelulut dengan bahan
lain seperti jus kurma, jus limau, minyak habbatussauda, minyak zaitun dan
sebagainya. Gunakan gelas dan sudu plastik, kaca, kayu atau pun seramik tetapi
elakkan penggunaan gelas dan sudu yang dibuat dari bahan beasaskan besi.
Sesuaikan cara pengambilan yang disyorkan di
atas mengikut kesesuaian dan kerasian tubuh badan sendiri. Antara caranya ialah
pengambilan secara berselang seli pada setiap hari, iaitu mencampurkan madu
kelulut dengan air pada sebelah pagi dan diulang secara minum terus pada
sebelah malam, atau sebaliknya.
Wallahua’lam.
SUMBER: